|
|
||||
|
S:Apa yang akan saya dapat apabila membuat tempahan? J:Setiap pelukis mempunyai gaya atau stail melukis yang tersendiri. Karikatur pula adalah gambaran wajah sesuatu subjek. Sesebuah karya karikatur merupakan tafsiran dari imej-imej yang didapati pada sesuatu subjek. Ia juga boleh mengandungi tokok-tambah yang dibuat berdasarkan bentuk-bentuk wajah yang menonjol atau istimewa untuk memberi kesan jenaka. Ringkasnya, karikatur tidak sama dengan potret. Dalam situasi tertentu, ia mempunyai persamaan yang sangat sedikit dengan subjek asalnya, iaitu terdapat beberapa elemen pada bentuk wajah subjek yang telah ditokok-tambah atau dilebih-lebihkan sehingga menghasilkan bentuk yang berlainan. Inilah yang dinamakan karikatur.
|
||||
|
S:Berapa lamakah masa yang diambil untuk suatu karikatur disiapkan? J:Bagi tempahan karikatur digital, biasanya ia mengambil masa selama 5 hari bekerja. Untuk tempahan karikatur yang dilukis di atas kertas, selama 5 hari bekerja + beberapa hari untuk penghantaran (pos/kurier). Tapi jangan panik, jika anda memerlukannya dalam masa yang singkat, kami akan cuba memenuhi jangkamasa yang anda beri. Cuma berikan saja tarikh yang anda perlukan.
S:Apakah saiz karikatur yang boleh saya dapati? J:Untuk karikatur digital, kami boleh sediakan karikatur yang siap (FA) pada saiz imej digital sehingga 1000 kb, iaitu satu fail yang besar, dan anda boleh membesarkannya (enlarge) untuk mencetak sehingga saiz A2 (poster). Bagi tempahan karikatur di atas kertas, anda boleh menempah samada saiz A4 (297 mm x 210 mm) atau saiz A3 (420 mm x 297 mm)iaitu 2 kali ganda saiz A4. Anda juga boleh menempah pada saiz A2 atau saiz poster, iaitu 2 kali ganda saiz A3.
S:Bagaimana saya boleh menghantar foto saya kepada anda? J:Mudah saja. Anda boleh emelkan ke alamat emel(ambohotsketch@yahoo.com) yang tertera di halaman ‘online order’ atau anda boleh menghantar melalui telefon bimbit secara MMS ke nombor telefon(0123675684) yang tertera di halaman ‘contact us’ di laman web. Ataupun satu lagi alternative, anda boleh hantar melalui pos ke alamat yang terdapat di halaman ‘contact us’ laman web kami.
S:Berapa banyak foto/gambar yang diperlukan? J:Satu gambar sudah mencukupi. Pelukis kami akan melukis HANYA berdasarkan gambar yang anda setuju untuk dijadikan referen. Jadi untuk hasil yang terbaik, sila sediakan gambar atau foto yang terang untuk dijadikan referen.
S:Yang mana lebih baik, gambar wajah dari jarak dekat (close up) atau gambar seluruh tubuh? A:Sekiranya anda menempah karikatur untuk kepala dan bahagian bahu, maka gambar kepala dan bahu subjek yang terang sudah mencukupi. Tetapi untuk karikatur seluruh tubuh subjek, maka gambar yang menunjukkan keseluruhan tubuh subjek lebih bagus. Jika gambar tidak menunjukkan mukanya dengan terang, maka satu lagi gambar wajahnya yang terang diperlukan. Ingat, lebih bagus dan terang imej yang diberi, lebih baik hasil karikatur boleh didapati!
S:Apakah maklumat yang diperlukan untuk melakar karikatur? J:Sebanyak mungkin maklumat yang boleh anda berikan. Iaitu seperti hobi , pekerjaan, kegemaran subjek, warna rambut, minuman/makanan/perkataan kesukaannya, dan lain-lain lagi. Labih banyak maklumat lebih bagus.
S:Berapakah harganya? J:Sila lihat bahagian ‘Caricature Price List’ di halaman ‘Online Order’ di laman web kami.
S:Bila saya perlu membuat bayaran untuk tempahan karikatur saya? J:Anda perlu bayar 50% dari jumlah kos apabila anda setuju untuk membuat tempahan, dan baki 50% lagi bayaran seterusnya apabila anda telah setuju dengan visual karikatur yang telah siap. Tempahan hanya akan disahkan apabila pihak kami menerima deposit pendahuluan sebanyak 50% yang dipersetujui. Walaubagaimanapun bayaran penuh yang dibuat apabila membuat tempahan amat kami hargai.
S:Bagaimana cara untuk membuat bayaran? J:Bayaran boleh dibuat secara ‘funds transfer online’ melalui internet ke dalam akaun-akaun bank yang tertera di halaman ‘Online Order’, ataupun terus secara ‘bank-in’ ke akaun tersebut.
S:Bagaimana saya akan terima karikatur yang telah saya tempah? J:Bagi karikatur digital, kami akan hantar melalui emel. Bagi tempahan di atas kertas pula, kami akan hantar melalui pos ekspres atau kurier dan kos penghantaran akan dikenakan ke atas tempahan.
S:Bagaimana sekiranya karikatur tersebut digunakan untuk tujuan komersial? J:Sekiranya anda ingin menggunakan karikatur yang ditempah untuk tujuan komersial (perniagaan), sila maklumkan apabila anda ingin membuat tempahan. Para pelukis kami melakukan kerja ini untuk menyara hidup masing-masing. Oleh itu, menggunakan hasil kerja mereka untuk tujuan perniagaan sebagai alternatif mendapatkan khidmat pelukis komersial adalah tidak wajar. Kadar yang kami tetapkan untuk kegunaan komersial adalah masih di bawah kadar yang dikenakan oleh studio komersial. Oleh itu bergantung kepada tujuan kegunaan hasil karya tersebut, kadar tambahan adalah dipertimbangkan.
S:Adakah saya mendapat hak ‘copyright’ ke atas karikatur yang ditempah? J:Pihak kami masih mengekalkan hakcipta ke atas semua karya seni yang dihasilkan. Namun demikian, selain daripada untuk kegunaan komersial, anda berhak menggunakan dan mencetak hasil karya tersebut mengikut kemahuan anda. Pihak kami juga berhak menggunakan imej karikatur yang kami hasilkan untuk tujuan pemasaran dan pengiklanan. Sekiranya anda tidak berhasrat imej karikatur anda digunakan untuk tujuan sedemikian, sila maklumkan kepada kami. |