|
TERMA DAN SYARAT TEMPAHAN KARIKATUR
|
|
||
|
Sila baca terma-terma dan syarat-syarat yang berikut sebelum membuat sebarang tempahan untuk karikatur di laman web ini. Dengan membaca terma-terma dan syarat-syarat tersebut maka anda adalah terikat dengan perkara-perkara yang dinyatakan apabila membuat sebarang tempahan di laman web ini. |
|||
|
Harga bagi tempahan karikatur di laman web ini adalah seperti yang tertera in dalam Senarai Harga Karikatur (“Caricature Price List”). Harga yang dinyatakan tersebut adalah harga tetap melainkan kami di cariambo.com mengadakan promosi atau memberi diskaun istimewa ke atas harga-harga tertentu untuk tempahan karikatur. Maka dalam hal ini harga karikatur tersebut adalah lebih rendah dari yang tertera dalam senarai harga tempahan karikatur. |
|||
|
Kami di cariambo.com juga berhak untuk menukar harga tempahan pada bila-bila masa sekiranya kami fikir wajar tanpa perlu membuat sebarang pemberitahuan di laman web ini. |
|||
|
Sebarang tempahan karikatur hanya di anggap sah apabila kami di cariambo.com telah menerima bayaran atau deposit yang diperlukan bagi sesuatu tempahan. Bayaran boleh dibuat melalui deposit atau pindahan dalam talian (funds transfer online) atau dibuat di bank-bank tempatan seperti yang di nyatakan di dalam laman web ini. |
|||
|
Semua hasil karya seni / karikatur yang dihasilkan oleh pelukis adalah mengikut perspektif pelukis tersebut. Karikatur adalah gambaran, di mana ciri-ciri yang menonjol pada seseorang atau sesuatu subjek ditokok-tambah atau dilebih-lebihkan dengan sengaja untuk menghasilkan efek jenaka. Ini bermakna karikatur tidak sama dengan potret. Dalam situasi tertentu karikatur digambarkan dengan persamaan yang terhad dengan subjek asalnya. Sebarang tokok-tambah pada karya karikatur secara amnya bergantung kepada gaya atau stail melukis seseorang pelukis.
Sebarang pembetulan pada previu visual hanya akan dibuat SEKALI SAHAJA sebelum karikatur yang telah siap dihasilkan. Apabila karikatur telah disiapkan, sebarang permintaan lanjut untuk pembetulan pada karya tersebut tidak akan dilayan. Pelukis akan menyiapkan kerjanya berpandukan HANYA dari gambar/foto yang telah diberi dan dipersetujui oleh anda untuk dijadikan referen. Sekiranya anda meminta pelukis untuk melukis mengikut gambar yang lain pula, maka ini dianggap sebagai tempahan yang baru dan akan dikenakan caj tambahan. Justeru, sila sediakan gambar yang elok dan terang sebagai referen untuk mendapatkan hasil karikatur yang terbaik. |
|||
|
Bayaran tambahan sebanyak 30% dari harga asal tempahan akan dikenakan sekiranya terdapat sebarang tambahan atau perubahan yang perlu dibuat ke atas tempahan karikatur yang telah siap. |
|||
|
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan visual karikatur yang ditempah dan ingin membatalkan tempahan, kami di cariambo.com akan memulangkan semula bayaran sebanyak 25% dari jumlah deposit yang telah anda buat.
|
|||