|
 |
Abdul
Razak b. Sofhi @ Subhi (AZA). Beliau dilahirkan di Sanglang, Kedah
pada tahun 1966., dan kemudiannya dibesarkan di FELDA Padang Piol,
Jerantut, Pahang Darul Makmur. Beliau mula berkarya sejak zaman
persekolahan lagi. ketika itu, kartunnya digemari oleh rakan-rakan
hinggakan ada yang meminta beliau melukis pada beg sekolah
masing-masing. |
|
Kartun pertama beliau terbit buat pertama kalinya di Majalah
Gila-Gila pada tahun 1984. Kehebatan Aza melukis kartun tanpa dialog
ini boleh di umpamakan seperti jelmaan Sergio Aragones iaitu salah
seorang pelukis kartun mexico yang terkaya di USA. Aza berkarya
bersama GILA-GILA hampir 24 tahun. Karya kartunnya sememangnya
sangat menghiburkan hati para pembaca .
Antara karya Aza yang cukup popular dan mempopularkan nama beliau
ialah Belek Belek, Aza Looks At…, Aza’s Jokes, Fiesta, GG Looks At…
dan satu karya hasil Kolaborasi beliau dengan kartunis Ujang iaitu
Welcome to Malaysia.

Aza boleh dikatakan juga sebagai Otai dalam menghasilkan kartun
tanpa suara. Karya-karya beliau menjadi rujukan kepada
pelapis-pelapis baru yang ingin menhasilkan kartun bisu. Aza berjaya
menyebabkan pembaca tertawa dengan jenaka bisunya yang cukup
bersahaja.
Kini Aza cuba menghasilkan karya berdialognya yang terbarunya di
dalam Majalah Gila-Gila iaitu Sesat Di Kuala Lumpur dan mencipta
satu lagi sejarah baru dengan karya KOMANNA hasil sentuhan beliau
dan rakan lamanya Ujang.kartun Aza juga terdapat di papan tanda
Kempen anti Dadah di kawasan Felda. |
|