|
Page Under Construction
 |

| |
Nuds
adalah kartunis yang popular dengan kartun SEMBANG SEMBANG dalam
Majalah Gila-Gila. Beliau berasal daripada Sungai Siput, Perak.
Beliau adalah kartunis yang memegang Diploma Accountancy dari
UiTM. Karya-karya beliau sememangnya sarat dengan mesej.
Sentuhan Nuds seakan-akan menyedarkan masyarakat tentang banyak
perkara dalam kehidupan seharian melalui karya SEMBANG-SEMBANG
dan ONCE UPON A TIME. Sama ada kita sendiri sedari ataupun tidak,
Kartun Nuds ini dilihat sebagai satu versi jenaka yang penuh
bermesej. |
|
| |
|
|
| |
Antara kartun Nuds yang
popular ialah SEMBANG-SEMBANG, OPIS CORNER dan NUDIN.Selain
gemar melukis kartun, kartunis Nuds juga mahir dalam lukisan
karikatur. Jika anda menghadiri promosi Majalah Gila-Gila,
anda pasti akan dapat melihat Nuds melukis karikatur.Kini
Nuds muncul dengan Koleksi SEMBANG SEMBANG Jilid 1 (berwajah
baru) dan kompilasi ONCE UPON A TIME. Koleksi ini terdapat
dalam 2 versi iaitu Soft Cover dan Hard Cover. Koleksi Nuds
ini juga merupakan satu penghargaan buat semua
peminat-peminat beliau.
|
|
|